14 May 2010

Tenaga Nuklear

Sejak akhir2 ini sering diperdebatkan mengenai penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik.Ramai yang menyokong,namun tidak kurang ramai juga yang menentang rancangan tersebut. Kenapa ia perlu ditentang secara habis2an! Secara peribadi sikap itu tidak patut kerana biarlah bijak pandai yang memikirkam rancangan tersebut. Mereka di luar yang tidak mengetahui tentang perkara tersebut eloknya berdiam diri daripada memperkatakan yang mereka sendiri tidak mengetahuinya. Inilah sikap yang tidak elok perlu dibuang oleh masyarakat kita. Lantang menentang sesuatu yang ia sendiri tidak arif dalam hal itu.

Apa yang diketahui negara perancis mendapat 80% daripada tenaga elektriknya daripada reaktor nuklear.Sepatutnya kita menganalisa apa kebaikan daripada penjanaan daripada sumber nuklear ini bukan melihat kepada keburukan semata2. Selain itu, nuklear juga berguna dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

No comments:

Post a Comment