17 May 2010

definisi kerjaya

Kerjaya = Kerja + minat + kepuasan

untuk sukses dalam kerjaya kita perlu wat kerja dengan ada minat yang tinggi...akhirnya kita akan puas dengan apa yang telah dibuat....

15 May 2010

Buat duit dengan ebook

Saya percayai diluar sana masing2 mempunyai ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk dikongsi kepada orang ramai.Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah melalui ebook.Di samping itu anda mampu menjana pendapatan melalui penjualan ebook tersebut.Untuk maklumat lanjut sila layari www.buatebook.com.anda boleh berguru dgn saudara jamal yang merupakan sifu dalam membuat dan menjual ebook ini.

14 May 2010

Tenaga Nuklear

Sejak akhir2 ini sering diperdebatkan mengenai penggunaan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik.Ramai yang menyokong,namun tidak kurang ramai juga yang menentang rancangan tersebut. Kenapa ia perlu ditentang secara habis2an! Secara peribadi sikap itu tidak patut kerana biarlah bijak pandai yang memikirkam rancangan tersebut. Mereka di luar yang tidak mengetahui tentang perkara tersebut eloknya berdiam diri daripada memperkatakan yang mereka sendiri tidak mengetahuinya. Inilah sikap yang tidak elok perlu dibuang oleh masyarakat kita. Lantang menentang sesuatu yang ia sendiri tidak arif dalam hal itu.

Apa yang diketahui negara perancis mendapat 80% daripada tenaga elektriknya daripada reaktor nuklear.Sepatutnya kita menganalisa apa kebaikan daripada penjanaan daripada sumber nuklear ini bukan melihat kepada keburukan semata2. Selain itu, nuklear juga berguna dalam bidang perubatan dan kejuruteraan.

13 May 2010

Hari Guru

HARI GURU akan disambut pada 16 mei ini dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa". Guru merupakan baris depan untuk membina modal insan.Tanggungjawab sebagai seorang guru amat besar untuk dilaksanakan.Tindakan KPM untuk mengkaji bebanan guru adalah sangat bertepatan sekali kerana tugas guru semakin meningkat. Di harapkan ada berita baik buat para guru pada 16 mei ini sebab KPM akan mengumumkan hasil kajian tersebut.

Kerjaya guru merupakan kerjaya yang mulia.Walaupun pencen orang tetap memanggil cikgu, orang ramai lebih selesa menyebut dengan panggilan cikgu berbanding dengan nama.Tugas guru juga umpama doktor di mana merawat pelajar2 yang lemah. Kerja sebagai guru tidak lagi menjadi pilihan terakhir sebagaiman yang diperkatakan oleh sesetengah golongan suatu ketika dahulu. Di mana permohonan memasuki intitusi perguruan berganda daripada kekosongan tempat yang ditawarkan.Bijak pandai diperlukan dalam bidang perdidikan di mana sekolah menjadi kilang untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti.Guru yang berkuakiti insyaallah akan mampu melahirkan pelajar yang berkualiti.

Jasa guru perlu dikenang..terima kasih cikgu...

10 May 2010

Tips mengurangkan kepanasan laptop

Tips mengurangkan kepanasan laptop

1.Gunakan laptop cooler pad.
2.Jangan menghadang ruang pengaliran
haba (lubang-lubang di tepi atau belakang laptop).
3.Tinggikan bahagian bawah laptop (bahagian yang terdapat kipas).
4.Jangan guna laptop di permukaan yang kurang mengalirkan haba
seperti kain dan tilam.
5.Kurangkan penggunaan yang membebankan seperti permainan
komputer 3D.
6.Ubahsuai sistem penyejukan laptop agar lebih efisyen!