22 February 2011

Penjagaan pokok limau nipis

Limau nipis tergolong di dalam famili Rutaceae dan nama saintifiknya adalah Citrus aurantifolia.

Pokok limau nipis mula berbuah di antara umur dua hingga tiga tahun selepas ditanam dengan hasilnya sekitar antara 20 dan 25 kg sepokok selepas lima tahun ditanam.

Pokok limau nipis sering ditanam di kawasan rumah terutamanya di kampung dan taman perumahan untuk tujuan perubatan tradisional, masakan, minuman, produk kesihatan dan lain-lain kegunaan.

Secara umumnya, pokok limau nipis berbuah sepanjang tahun dan amat sesuai ditanam di kebanyakan tempat terutamanya yang mempunyai saliran yang baik.

Namun pokok limau nipis tidak sesuai ditanam di kawasan berair seperti sawah dan kawasan yang sering banjir.

Buah limau nipis kaya dengan vitamin A dan C dan sering digunakan sebagai perisa masakan dan minuman.

Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan di samping untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman.

Ia juga digunakan untuk membersihkan rambut dan kepala terutama bagi mereka yang menghadapi masalah kelemumur.

Buahnya juga sering kali digunakan untuk mengilatkan kuku dan menghilangkan bau badan.

Di kalangan pengamal perubatan herba, air perahan buah limau nipis yang dicampurkan dengan kapur makan dikatakan boleh mengempiskan perut wanita yang baru bersalin.

Pembiakan pokok limau nipis adalah secara semaian biji dan tut (markot).

Pembiakan secara tut membolehkan pokok limau nipis mengeluarkan hasil di antara dua hingga tiga tahun selepas penanaman.

Bagi semaian biji atau tut yang berjaya, boleh dipindahkan ke kebun apabila mencapai umur tujuh hingga 12 bulan.

sumber:utusan malaysia


KWSP umum dividen 5.8%, tertinggi dalam sejarah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 5.8 peratus untuk ahlinya bagi tahun kewangan berakhir Dis 31, 2010, naik 15 mata asas, berbanding kadar 5.65 peratus yang dibayar pada 2009.

Ia merupakan bayaran dividen tertinggi yang pernah dicapai dana persaraan itu iaitu sebanyak RM21.61 bilion, peningkatan 11.55 peratus berbanding bayaran dividen RM19.37 bilion pada 2009.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman dalam satu kenyataan hari ini berkata pencapaian itu menggambarkan tahun yang memberangsangkan di mana pendapatan pelaburan kasar dana persaraan itu mencecah rekod tertinggi dalam sejarah sebanyak RM24.06 bilion.

Ia merupakan peningkatan 39.76 peratus berbanding RM17.22 bilion pendapatan pelaburan kasar yang dicatatkan pada 2009, katanya.

"Pendapatan pelaburan memberangsangkan yang dicapai pada tahun 2010 dijana terutamanya daripada prestasi pelaburan ekuiti. Suasana kewangan dan ekonomi yang bertambah baik menyediakan pasaran dengan kecairan mencukupi lalu membenarkan aktiviti pengambilan untung sepanjang tahun,” katanya.— Bernama

RM4 bilion tidak tuntut pemilik dan pewaris

20 Feb 2011 — Sejumlah RM4 bilion hasil keuntungan yang diperoleh daripada simpanan di institusi-institusi kewangan dan dana persaraan di negara ini masih tidak dituntut pemilik dan waris, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

Beliau percaya sebilangan besar daripada mereka tidak mengetahui adanya wang tersebut, yang antaranya diperoleh daripada keuntungan wang simpanan individu di bank-bank konvensional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)— Bernama.


Kalau kita masing2 membuat wasiat di atas harta kita insyallah masalah tersebut dapat di atasi. walaupun sebagai orang islam mempunyai sistem faraid, namun prosesnya jauh sebelum sapai ke faraid. Paling awal pun 1 tahun 6 bulan untuk selesai itu pun jika tidak pertikaian antara waris2. Jadi sebelum masalah itu dapat diselesaikan semua harta2 si mati akan dibekukan, jadi macamana anak bini nak meneruskan hidup sebelum tempoh itu. Bersusah payah kita mengumpul harta untuk anak bini tapi disebabkan kealpaan begini pulak jadinya. Jadi sekarang cuba check list balik apa ada harta yang masih belum diwasiatkan. kalau takde pewaris wakafkan aje harta tersebut tak pun disumbang kepada pihak2 yang memerlukan.