24 April 2010

teknologi hijau

salah satu teknologi hijau yang berpotensi dimajukan adalah tenaga solar ini kerana demografi malaysia yang terletak di garisan khatulistiwa yang menerima cahaya matahari yang banyak. Tenaga solar ini tidak akan kehabisan dan tidak merosakkan alam sekitar.

selain solar tenaga yg boleh dijadikan alternatif bagi menyahut misi teknologi hijau:
1. angin
2. ombak

namun yang paling sesuai di malaysia antara ketiga2 di atas adalah tenaga solar.Mungkin suatu hari nanti malaysia boleh dikenali dengan solar seperti holland yang dikenali dengan kincir anginnya.

Namun apa yang saya ketahui di malaysia sudah ada 2 tempat yang menggunakan sumber angin untuk menjana tenaga elektrik iaitu di pulau perhentian dan pulau layang-layang.

21 April 2010

pendidikan kesihatan reproduktif

ura2 yg kpm akan memperkenal nama baru bagi pendidkan seks merupakan tindakan yg baik. jika digunakan istilah pendidikan seks ramai berfikiran negatif dengan pengenalan nama baru ini ia akan nampak lebih sesuai. selain pendidikan seks ada lagi aspek lain yang diajar dalam subjek ini. cuma diharapkan pihak kpm mengambil masa untuk memberi latihan persiapan yang secukupnya kepada guru yang dipertanggungjawabkan bagi mengajar subjek tersebut.

13 April 2010

Hak Pengguna

masih ramai pengguna tidak tau mengguna hak sbg pengguna. kalu kita bersama2 menggunakan hak yg dimiliki dgn sebaik mungkin ia mampu mengawal harga barangan supaya tidak dijual terlalu mahal.Jadi kita akan diekploitasi oleh pengeluar atau penjual. Bagaimana kita nak menggunakan hak itu?? MARILAH kita sama2 memboikot barang tersebut... dengan pengurangan permintaan barulah pengeluar akan menurunkan harga. Sifirnya adalah jika kurang permintaan maka harga akan turun.

12 April 2010

projek terbengkalai

baru2 ini kementerian pelajaran(KPM) telah meyenarai hitam kontraktor yang terlibat dengan projek terbengkalai. Namun ada pihak cuba membantah tindakan KPM, apakah kewajaran ia membantah??? seribu persoalan yang timbul adalah ia merasa pedas?adakah terkena batang hidung sendiri atau kaum kerabatnya yang terkena terpias.

secara kasar kita orang awam menyetujui tindakan yang diambil oleh KPM. Projek terbengkalai membawa kepada banyak masalah kepada pengguna. Bayangkan ke mana nak diletakkan pelajar yang sekolahnya tidak siap tidak ia akan menyusahkan kepada pihak lain.Nanti akan ada sekolah sekitar yang terpaksa menerima lebihan pelajar.Akibatnya prestasi sekolah akan menurun kerana tidak dapat mengawal dengan baik jumlah pelajar yang terlalui ramai ini.

Diharapkan tindakan KPM ini akan membuatkan pihak yang terlibat dalam sesuatu projek akan lebih bertanggungjawab.