isu hangat yang diperkatakan kini mengenai penetapan gaji minimum.pada pendapat saya gaji minimum ini perlu untuk sektor2 tertentu sahaja. Sebab perlu difahami juga kemampuan gaji yang boleh ditampung oleh majikan. Jika ini berlaku syarikat akan tutup operasi maka penggangguran akan meningkat.
pekerja juga ada hak jika ia merasakan gaji yang ditawarkan terlalu rendah maka boleh cuba mencari kerja tempat lain. Dalam soal ini ia perlu win win situation di mana pekerja harus menilai apa yang disumbang kepada majikan adakah berbaloi dengan gaji yang diberikan. Begitu juga majikan perlu menilai berpatutankah gaji yang diberikan.mungkin syarikat boleh memikirkan alaternatif lain untuk membantu pekerja dengan memberi elaun2 tertentu seperti elaun kedatangan(jika full attandance katakan dapat elaun in),elaun perayaan diberikan semasa henadak sambut perayaan, elaun buka sekolah dsbnya.
Selain itu pihak syarikat perlu memberi ganjaran tahunan jika syarikat mendapat untung yang tinggi. Ini tidak kalau pendapatan bulanan syarikat turun gaji para pekerja kena potong tetapi kalu dapat untung lebih xder pulak nak bagi kepada para pekerja sebagai imbuhan.
Selain itu syarikat boleh memberi elaun kesihatan atau insurans kepada para pekerja. Pekerja yang sihat mampu meningkatkan produktiviti. Ia juga sebahagian tanggungjawab syarikat untuk menjaga kebajikan para pekerja.
walaubagaimanapun kedua2 pihak adalah saling memerlukan...seperti isi dengan kuku.
mulai 1 julai pegawai keselamatan akan menerima kenaikan gaji 65-75%. diharapkan dengan kenaikan gaji ini akan disertakan dengan peningkatan mutu kerja.
ReplyDelete