27 March 2010

khutbah

khutbah jumaat smlm ada menyentuh berkenaan wujud segelintir jemaah yg tidur semasa khatib sdg membaca khutbah. Menurut khatib tsbt utk menghilangkan rasa mengantuk blh pindah tempat duduk atau jemaah dinasihatkan tidur sekejap sblm dtg ke masjid.

apa yg boleh sy tmbh kat sini adalah jemaah perlu meminum air secukupnya sblm ke masjid. di sebahagian masjid juga ada yg menyediakan air utk diminum bg menghilangkan rasa haus. badan yg tidak cukup air akan membuatkan otak lemah yg seterusnya mengakibatkan jadi mengantuk...

25 March 2010

gaji minimum

isu hangat yang diperkatakan kini mengenai penetapan gaji minimum.pada pendapat saya gaji minimum ini perlu untuk sektor2 tertentu sahaja. Sebab perlu difahami juga kemampuan gaji yang boleh ditampung oleh majikan. Jika ini berlaku syarikat akan tutup operasi maka penggangguran akan meningkat.

pekerja juga ada hak jika ia merasakan gaji yang ditawarkan terlalu rendah maka boleh cuba mencari kerja tempat lain. Dalam soal ini ia perlu win win situation di mana pekerja harus menilai apa yang disumbang kepada majikan adakah berbaloi dengan gaji yang diberikan. Begitu juga majikan perlu menilai berpatutankah gaji yang diberikan.mungkin syarikat boleh memikirkan alaternatif lain untuk membantu pekerja dengan memberi elaun2 tertentu seperti elaun kedatangan(jika full attandance katakan dapat elaun in),elaun perayaan diberikan semasa henadak sambut perayaan, elaun buka sekolah dsbnya.

Selain itu pihak syarikat perlu memberi ganjaran tahunan jika syarikat mendapat untung yang tinggi. Ini tidak kalau pendapatan bulanan syarikat turun gaji para pekerja kena potong tetapi kalu dapat untung lebih xder pulak nak bagi kepada para pekerja sebagai imbuhan.

Selain itu syarikat boleh memberi elaun kesihatan atau insurans kepada para pekerja. Pekerja yang sihat mampu meningkatkan produktiviti. Ia juga sebahagian tanggungjawab syarikat untuk menjaga kebajikan para pekerja.

walaubagaimanapun kedua2 pihak adalah saling memerlukan...seperti isi dengan kuku.

16 March 2010

makan buah

kalau dulu kita akan memakan buah selepas makan nasi.Buah dijadikan sebgai pencuci mulut tetapi kini ramai yang mulai sedar akan waktu memakan buah yang betul. Buah sebenarnya perlu dimakan sebelum makan nasi. Benda ini sebetulnya telah digunapakai tetapi semasa bulan ramadhan sahaja iaitu umat islam akan memakan buah kurma sebelum mejamah makanan lain.

mesin terapi elektrik

ramai yang pernah mendengar atau melihat mesin terapi elektrik ini. Antara brand yang ada adalah alphaONE, Aljabbar dan lain2 lagi. Apa yang baiknya mesin ini ia mampu membersihkan saluran darah yang diselaputi oleh benda asing terutamanya kolesterol. Pengumpulan kolesterol yang kelamaan akan menyempitkan salauran darah yang seterusya akan menyebabkan stroke,darah tinggi, jantung dan lain2 penyakit. Penggunaan mesin ini dipercayai mampu menurunkan paras gula jadi ia juga sesuai untuk penghidap diabetis.

Apa yang mesin ini lakukan?? mesin ini akan memecahkan kolesterol dalam saluran darah, kemudian kolesterol akan dikeluarkan melalui proses pembuangan air kecil.

Kalau kita lihat dikedai2 yang menyediakan khidmat mesin ini, yang ada adalah orang yang boleh dikategorikan berusia. Sebenarnya mesin ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat kecuali untuk wanita mengandung dan penyakit kanser.

posting pendalaman

kementerian mengurakan akan posting cikgu baru dipendalaman. apakah pendapat anda dalam soal ini?

cikgi>cikgu

ketika ini kita dihangatkan dengan berita yang menyatakan guru perempuan lebih ramai dari lelaki.jadi pada pandangan anda, lebih mudah belajar daripada guru lelaki atau perempuan? adakah bilangan guru perempuan yang ramai ini boleh menjejaskan sistem pembelajaran di sekolah?